Monday, August 22, 2011
Masak-masak.
Ahaa yang ni plak satu-satunya kuih raye yg aku rajin buat...cam biasa choc chip from Chef Zati...chef la sgt yer
Senang je nk buat choc chip ni...bahan dia pun senang nk didapati di kedai2. So kalau sesape nk blaja bt tu leh ikut resepi aku ni. *Padahal sebenarnya aku pun refer kt youtube(mat salleh nye video). Xper tiru...lama2 dah teror kita leh pelbagaikan. Maybe pasni aku akan letak white chocolate, kismis ke...practise make perfect right? Tetiba je...hehe
Chocolate Chips Cookies
Bahan-bahan:
450gm tepung gandum
100gm gula halus
115gm gula perang
250gm butter
1 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu serbuk koko
1 susu baking soda
choc chip hershey's(1 paket)
badam(suka atila nk letak bnyk mane)
Step nk buat:
1. Pukul butter dan masukkan gula
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Sambung pukul
3. Masukkan tepung dan gaul
4. Masukkan choc chip
5. Masukkan badam
6. Bakar dlm over suhu 140C selamat 15min
7. Simpan dalam bekas atau balang yg comel
8. Boleh dihidang utk mkn pagi, ptg dan hari raya..ok ni bkn step
Selamat Mencuba! ^_^
Sunday, August 07, 2011
Ikan kerisi.
sape msk ni? akulah sape lg...sedap woo (puji sendiri hihi)
Alhamdulillah dpt gak aku nk mkn ikan kerisi goreng. Since lastweek aku menahan nk mkn ikan ni. Bukan ape kalo kt kl tu xde masa nk shopping ikan(apekah?)...kt bazar ramadhan pun xnmpk batang idung ikan ni. Blk kg terus cari ikan ni n then goreng wat sambal...huhu cam sedihlak....xper yg penting skang aku happy! :)
Saturday, August 06, 2011
Salam Ramadhan.
Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Dan alhamdulillah juga setakat ni puasa aku penuh. hihi. So sempena ramadhan 2011 ni marilah kita bersama-sama menambahkan amal ibadat yang mane terkurang tu kita boleh pelajari pada yg lebih arif. Buat solat terawih, bace Al-Quran(boleh tadarus bersama rakan2), bersedekah dan sebagainya. Banyak pahalanya beb, cuma depends pada diri sendiri la nak buat ke x...
Hari tu dok berbual2 dengan member pasal kenapa masa bulan puasa ni kita still melakukan dosa/kesalahan xkisahla kecik or beso sedangkan kita sedia maklum syaitan diikat di dalam neraka sepanjang Ramadhan ni.
Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:
“Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.” – Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.
reference: Murabbiy.com
Mungkin apa yg kita lakukan(dosa) tu hasil drpd perangai kita yg terbawa-bawa dari dulu yg mana kita sendiri xde inisetif nk berubah ke arah kebaikan. Tuhan kurniakan akal utk kita utk kita berfikir...so sila berfikir n dr situ kita pertimbangkan yg mane baik dan yg mane buruk. Nasihat ni amat bagus dipraktikkan semua termasuk diriku yg seringkali alpa ini. Coz I know as tuan punya blog eh badan...that I'm not perfect...T__T. Aku memohon doa kepadamu Ya Allah, agar diubahkan sikapku ini supaya menjadi insan yang lebih baik dan punya kekuatan untuk melawan 'syaitan' yang terpenjara dlm diri ini...amin...amin....
Selamat berpuasa semua! :)
Thursday, May 12, 2011
Suddenly...
hmmm skang ni pun dah nak masuk bulan 6. kali terakhir aku bebel dlm blog ni xsilap masa bulan 2. bnyk benda yg aku uruskan dlm waktu2 tu. tapi aku akan ingat bulan2 yg sememangnya harus utk ku ingat.bulan 3...adik aku kawin. yup...adik kawin bukan kakak. so what? adik aku dpt ore klate. xpola dah jodoh ore sane aku harap dia dan suami berbahagia hendaknya. sehingga pada saat aku menaip di blog ni, blum ada tanda2 adik aku memberitahu yg dia bakal bergelar ibu. insyaAllah kalo ader rezeki xkemana. satu je ucapan akak kt kamu berdua...jagalah keharmonian rumahtangga kalian berdua. even dah kawin ni jgn lupa jenguk parents kt kg..u xjenguk i pun xpe(pehal nk jenguk aku plakkan) yg penting ingat kt org tua yg telah membesarkan kita right?
ok tu pasal adik aku. masuk bulan 4 plak benda yg aku harus ingat adalah besday org2 yg aku sayangi. mak aku...makcik aku...kazen aku dan termasuklah diri aku sendiri. diri sendiri pun kena sayang pe? hadiah? nanti aku bg percutian 3 hari 2 mlm di teratak paroi jaya. mkn free dimasak oleh chef zati. oh ye satu lagi yg aku bersyukur sgt2 pada bulan ini adalah kerna...ianya berkait rapat dgn kerja gaklah. alhamdulillah syukur sgt2. thn ni rezeki tuhan nk bg kt aku, bersyukur sgt. mungkin thn depan turn korang plakkan? aku doakan semua org akan merasainya nanti. yg penting work hard n keje biarlah ikhlas. insyaAllah u will get the rewards later. :)
ok msk part bulan 5...maybe aku bnyk berjalan kot..err xdela bnyk manepun 2 tmpt je. kecah. saje nk mereleasekan tensen...melupakan dan merehatkan diri sebentar dr kesibukan bekerja. aku akui selama ni aku hanya mengfocuskan diri pd kerja je. balik umah pun kekadang buka email tgk isu..sib baik aku xkol budak operate tanye ade isu ke x. gler keje kan. sbb tu la kot xkawin2 lg. tp kekadang aku terlayan gak bila user kol suh tgk isu itu ini nak2 kena time weekend. xsyukew xsyukew taw. cuti nanti aku nk off hp...outlook bg unactive ke...haha camtu skali nk larikan diri dr keje. eh lupalak keje kena ikhlas...*suddenly innocent. hopefully bila cuti seminggu tu nanti team member aku dpt cover la. aku tau diorang xbace blog aku ni tp lantaklah at least aku dh luah kt sini.
k la aku ngantuk...ntah hape dtg mood aku nk membebel kt blog mlm ni. maybe sbb td aku nmpk iz buka blog...tetiba teringin nk membebel kt blog sendiri. bole lak camtukan? hehe.
Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidur Rasul.
Cara membuktikan cinta kita kepada nabi Muhammad s.a.w
Setelah nyata kepada kita kewajipan menyintai dan mengasihi Nabi Muhammad SAW berdasarkan dalil-dalil naqli dan aqli yang jelas, marilah pula kita cuba membincangkan tanda dan bukti kasih dan kecintaan seseorang terhadap baginda . Deklarasi cinta yang tidak disusuli dengan pembuktian amali tentu sahaja masih belum mencukupi untuk membentuk cinta sejati.
Bukti yang paling mudah dilihat, seseorang yang benar-benar mengasihi kekasihnya, akan mengutamakan insan yang dikasihinya daripada dirinya sendiri dan kehendak peribadinya. Jika tidak mencapai tahap ini hubungan tersebut belum layak dinamakan kasih sejati yang ikhlas-murni, tetapi baru sekadar dakwaan semata-mata.
Keutamaan mentaati dan mengutamakan orang yang dikasihi ini jelas dapat dilihat dalam ungkapan seorang pencinta Allah SWT dan NabiNya SAW yang tidak asing lagi, Rabi’ah al Adawiyyah dalam syairnya: “Sesungguhnya seorang kekasih itu akan taat-patuh kepada yang dikasihinya.”
Selain memiliki semangat di atas, orang-orang yang benar-benar mengasihi Nabi SAW harus terdapat pada dirinya bukti dan tanda berikut:
1. Menjunjung agama Nabinya, mengamalkan Sunnahnya, menurut perkataan dan perbuatannya dalam setiap keadaan, melaksanakan suruhannya dan menjauhi larangannya. Dia juga mengamalkan adab-adab kehidupan Rasulullah SAW dalam segala keadaan, sama ada ketika susah atau pun senang, ketika gembira atau pun sedih. Ikatan antara ‘kasih’ dan ‘taat’ ini terlihat jelas dalam firman Allah SWT: “Katakanlah (wahai Muhammad), “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah akan mengasihi kamu.” (ali ‘Imran: 31)
Namun semangat semata-mata tidak memadai jika tidak berpaksikan di atas ilmu yang kukuh. Lebih-lebih lagi pada zaman fitnah ini, kegagalan seseorang itu mengenal mana satu Sunnah dan bidaah akan memungkinkan terjebak ke dalam lubuk bidaah yang dianggap sebagai Sunnah. Akhirnya Sunnah dipinggirkan dan bidaah ditegakkan.
Orang yang tersemat di dalam hatinya kasih yang sejati terhadap Rasulullah SAW juga, tidak akan mempedulikan kemarahan manusia lain dalam usahanya mentaati Allah SWT dan Rasul SAW.
2. Sudah menjadi adat dan lumrah berkasih, seorang kekasih akan sering menyebut dan mengingati kekasihnya. Justeru, apabila hati seseorang itu telah mengisytiharkan kecintaan terhadap Rasulullah SAW, maka lidahnya akan sering menyebut nama Kekasihnya SAW dan kotak fikirannya akan sentiasa mengingati Baginda SAW.
Selaku umat Muhammad SAW, kita amat bertuah kerana telah diajar berselawat ke atas kekasih kita Nabi Muhammad SAW sebagai salah satu bentuk ibadah dan taqarrub kepada Allah SWT. Maka kita beruntung kerana dapat beribadah dengan menyebut, memuji dan berselawat kepada insan yang paling kita cintai dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang memuji Nabi SAW serta lafaz selawat yang diajar sendiri oleh Baginda SAW.
Kita juga dididik oleh Nabi SAW dan ulama pewaris Baginda SAW menghormati hari dan bulan kebesaran Islam seperti Maulid al-Rasul SAW dan Isra’ Mikraj dengan mengisinya dengan pelbagai amalan yang kesemuanya ada kaitan dengan Nabi SAW dalam kerangka ubudiah kepada Allah SWT. Walaupun ada segelintir di kalangan orang Islam sendiri mencurigai bacaan dan amalan-amalan ini.
Menghayati dan memperjuangkan agama seiring dengan berkasih-sayang dengan Nabi SAW dirasakan begitu indah dan menyegarkan. Sebaliknya tanpa dimensi ini, menghayati agama boleh terasa gersang dan membebankan serta cenderung membentuk jiwa keagamaan yang keras dan kasar.
3. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan sentiasa berasa rindu untuk bertemu dengan Baginda SAW; untuk melihat zatnya di alam yang kekal abadi kelak, atau sekurang-kurangnya jika dapat menatap kelibat wajahnya yang mulia barang seketika dalam mimpi-mimpi mereka. Sudah pasti setiap kekasih sangat merindui untuk bersua dan menatap wajah kekasihnya.
Kerinduan sebeginilah yang dapat kita rasakan jika kita menyorot kehidupan generasi sahabat. Misalnya, kita dapat turut berkongsi keriangan dan kegembiraan Abu Musa al Asy’ari r.a dan rombongan kaumnya dari Yaman yang berkunjung ke Madinah.
Mereka mempercepatkan langkah dan begitu girang untuk menemui Rasulullah sambil mendendangkan syair kegembiraan: “Esok kita akan bertemu dengan para kekasih kita, Muhammad dan sahabat-sahabatnya!” Setibanya mereka di Madinah dan Masjid Nabi, mereka terus menghadap dan memuliakan Nabi SAW. (riwayat Al-Baihaqi)
4. Seseorang yang mengasihi Baginda SAW juga akan membesarkan diri dan suruhan Baginda termasuk memuliakannya ketika menyebut namanya. Malah ada yang sehingga menunjukkan rasa rendah dan hina diri ketika mendengar nama Baginda SAW disebut di hadapan mereka.
Berkata Ishaq al-Tujibi r.a, sahabat-sahabat Nabi SAW selepas kewafatan Baginda SAW tidak akan menyebut nama Baginda SAW melainkan mereka akan merendahkan diri dan menggigil serta menangis kerana diselubungi perasaan rindu yang dalam akibat berpisah dengannya.
Hal ini sangat berbeza dengan sesetengah mereka yang mengaku sebagai ahli agama pada zaman kita yang tidak mahu membesarkan dan menobatkan keistimewaan Nabi Muhammad SAW tetapi hanya menumpukan kepada risalahnya dan sunnah yang dibawa olehnya. Seolah-olah Nabi SAW hanyalah berperanan seumpama posmen penghantar surat atau orang suruhan bawahan!
Sedangkan apabila seseorang makhluk itu mempunyai sifat-sifat istimewa tersebut, maka sifat-sifat itu hanya sekadar yang bersesuaian dengan kemanusiaannya yang diciptakan terbatas dan diperolehi dengan izin, kurniaan dan kehendak-Nya.
Mengasihi Nabi SAW
Ada juga sesetengah mereka yang menolak penggunaan gelaran Sayyidina bagi Nabi SAW sedangkan Nabi SAW lebih daripada layak mendapat gelaran tersebut tetapi dalam masa yang sama mereka bebas menggunakan pelbagai gelaran dalam kehidupan mereka.
5. Orang yang mengasihi Nabi SAW juga sepatutnya akan mengasihi orang yang dikasihi oleh Nabi SAW terutamanya nasab keturunannya dari kalangan ahli-ahli bait dan sahabat-sahabatnya yang terdiri daripada kaum Muhajirin dan Ansar.
Mereka juga akan memusuhi orang yang memusuhi mereka dan membenci orang yang membenci mereka dan keturunan mereka.
Hakikatnya, sesiapa yang mengasihi seseorang, dia akan mengasihi semua perkara yang disukai oleh orang yang dikasihinya.
Ini ialah sirah para Salaf al-Salih; mereka akan mengasihi segala yang dikasihi oleh Rasulullah SAW sehinggakan terhadap perkara-perkara yang sekadar diharuskan dan digemari oleh nafsu (yang tidak diharamkan oleh syarak).
Anas ibn Malik r.a misalnya, setelah melihat Rasulullah SAW mencari-cari labu di dalam dulang ketika sedang menikmati makanan, maka semenjak hari itu dia turut sentiasa suka kepada labu.
6. Orang yang mengasihi Nabi SAW akan membenci apa yang dibenci oleh Allah dan Rasul-Nya, menjauhi orang yang menyalahi Sunnahnya, melakukan perkara bidaah dalam agamanya dan memandang berat setiap perkara yang bercanggah dengan syariatnya.
Allah SWT menjelaskan: Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. (al-Mujadalah: 22)
“Mereka” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas ialah para sahabat Baginda SAW yang telah membunuh orang yang mereka kasihi dan juga bapa-bapa mereka yang ingkar dan kafir semata-mata mengharapkan keredaan Allah. Ibnu Abbas RA menyatakan, di antara sahabat Baginda SAW yang dimaksudkan di dalam ayat itu ialah Abu Ubaidah al-Jarrah.
Beliau sanggup membunuh bapanya dalam peperangan Uhud manakala Saidina Abu Bakar r.a sanggup berlawan satu lawan satu dengan anaknya sebelum memulakan peperangan Badar, tetapi dihalang oleh Rasulullah SAW. Inilah antara bukti cinta yang tidak berbelah-bagi terhadap Baginda SAW.
7. Orang yang benar-benar mencintai Nabi SAW juga pasti akan kasih terhadap al-Quran yang diutuskan kepada Rasulullah SAW yang dengannya manusia mendapat petunjuk. Mereka akan mengikut jejak Baginda SAW yang menjiwai al-Quran dan berakhlak dengannya seperti yang ditegaskan oleh Ummul Mukminin, Aisyah r.ha dalam katanya, “Akhlak Baginda SAW adalah al- Quran itu sendiri”.
Mengasihi al-Quran bererti membacanya, beramal dengannya, memahaminya, menjunjung suruhan dan meninggalkan larangannya.
8. Tanda kasih terhadap Nabi SAW juga ialah berasa kasih dan belas terhadap umatnya dengan memberi nasihat kepada mereka, berusaha melakukan kebaikan dan menghapuskan kemudaratan daripada mereka.
Inilah sebahagian daripada bukti dan tanda yang harus ada pada para pencinta Nabi SAW. Oleh itu marilah kita bersama-sama memuhasabah diri, adakah kita ini pencinta sejati atau pendakwa semata-mata?
Tepuk dada, tanyalah iman. Semoga Allah SWT mengurniakan kita semua kesempurnaan kecintaan kepada Rasulullah SAW!
source: albakriah
Lets we try our best to follow the ways of the Prophet very closely. He brought to all mankind and positive ways in our life. :)
Tuesday, February 08, 2011
Anak sapalah ni.
Aku dah lama follow minah ni. Hmm xdela lama pun baru thn lepas. Dia ni new muslim..punyai darah kacukan jepun + omputih. Masuk Islam sblm dia kawin lg..(haa dia dah kawin ye bro melepaslah korang). Dia ni pereka/pengkritik fesyen n xsilap aku pereka utk MAYSAA brand. Aku suka bangat ngan idea2 dia ni coz lain dr yg lain but still 'stylecovered'. Dari tadi aku cakap dia ni..dia ni tp aku xbgtau pun sape nama dia ni...ok nama beliau adalah Hana Tajima.
photo credit to Hana Tajima
Teringin nk berfesyen spt Hana itu tp level confident aku adalah sgt worst n when I come to that part(bergayalahhh)...I become lost. Aku tengok kt blog budak2 pompuan lain pandai tol diorang ni bergaya...skali nmpk mcm senang je diorang matchkan tudung..baju..skirt..seluar..kasut as long as still covered and looks as a muslim women. Perlukah aku jeles di sini? Kalaulah dari dlu aku dah pandai bergaya mungkin aku dpt memikat hati Maher Zain.
Cara-cara memakai tudung sempoi dari Hana Tajima
p/s: link Hana ni ada aku letak kt sidebar ni..cari sendirilah..haha
Thursday, February 03, 2011
Game.
Kalo time study dulu aku mmg antu game antaranya The Sims...Zuma..Diner Dash..n ape lagi ek aku pun lupa. Sampai sanggup ni hasut rakan sebilik yg tekun mentelaah utk bermain sekali...(tetiba teringat kt reen, che kiah...mana hang pa semua?). Mungkin disebabkan minatku terhadap game ni gakla mendorongku utk amik subjek Game masa sem 5(Yani..correct me if Im wrong). We create a simple eduticational game which call "Amazing maze for kids" bukan Amazing Race ek dgn menggunakan Game Maker. Game yg kami buat ni lebih kurang mcm game maze yg lain cuma kelainannya kita gunakan kura2 sebagai watak utama dan setiap kali kura2 tu nk melalui maze2 tu dia akan ditahan dgn soalan2 berkaitan dgn math n grammar..eh tu je ek..sonang yolah huhu
Oh ya ni salah satu event organize by MDEC..kami dpt Bronze award hasil drpd game Amazing Maze tu...hee
oh rindunya kt korang...aku xde time ni coz im the photographer
nama grup...Energyworks...geng2 kodok gak except yuen coz dia grup lain
*
**
****
********
**************
Ok inilah game Angry Birds aka Burung Marah. Comel jer kan burung2 ni except pig tu la
yg kaler hijau pig tau..so bila pig sure la watak jahat, yg lain2 tu la burung marah@angry birds...wakaka
So why not try? Leh donload di sini
Tuesday, January 18, 2011
Buat pedoman semua(wanita).
Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.
Berat bukan?
Hukum menjelaskan anak laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.
Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??
Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.
Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri).
Wanita...
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.
Pernahkah kita tengok sebaliknya?
~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurang dari laki, tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkan oleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj:
-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya
~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)
"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
**sumber dr FB Maher Zain Fan Club
Friday, January 14, 2011
Transformers 3 Dark of the Moon Trailer - Official (HD)
Huhu...xsabar nk tengok Transformers 3 ni. Oh Optimus Prime. Erk.
30 June 2011.
http://www.cinema.com.my/movies/comingsoon.aspx
Percutian.
Jalan2 cari pakwe makan angin...heee
Caption xleh blah..mcm percutian jauh la sgt. Ni lah dia percutian budget@percutian tanpa diduga namanya. Masuk ni dah 2 kali aku ke Bukit Tinggi...bukan Bukit Tinggi kat Indonesia tu tp kat dlm Malaysia je. Yg masa first pergi tu just singgah Colmar Tropical, tp kali kedua ni singgah lawat Japanese Garden. Haritu xberkesempatan so dah alang2 ni singgahla kan tengok sebab tengok orang pergi tempat tu mcm menarik je...hehe
Pemandangan adalah sgt lawa di situ(asal aku rasa cam ayat karangan bdk darjah 6 ntah). Sesape yg nk amik photoshoot utk wedding pra, pasca, post production dan sewaktu dgnnya memang sesuailah. Then paling besh pengunjung leh test nk pakai baju kimono kt situ, sewa pakai RM20 je. Okla tu kan? Pastu ko bergaya sakan la. Nak amik gambo ala2 Nasha Aziz..Kimora..amik je kt tepi batu2 sungai tu. Aku memang nk try pakai kimono tu tp disebabkan ramai amoi yg nk pakai kimono time tu so aku batalkan hasrat murniku itu. Haha. Xdela aku tipu je sbenarnya aku yg malu nk pakai.
Tu jerla citenya. Sehari di Bukit Tinggi bersama geng
p/s: Tahun 2011 bnyk movie besh2. Harap2 ada masa nk tgk. :D
Sunday, January 02, 2011
Goodbye 2010. Hello 2011.
Hantar puteri@farahaine sambung degree kt UiTM Melaka...singgah makan Man Asam Pedas...sgt marvelous asam pedas dia but still my grandma n mum punye lg besh :)
hhihi...ops tergelak dulu...diorang berdua ni masuk tahun baru je dah tua..anyway Happy Birthday to my sis n bro in law! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki n dipermudahkan urusan selalu...amin~
Tak banyak aku nak katakan sempena masuk tahun baru ni. 2011...umur aku pun dah mencecah 18thn..erk..ok2 tambah lagi 10 tu lah umur sebenar aku. Agak tua gakla...tp age is just a number what?(padahal dlm hati risau haha). Untuk kesekian brape juta kali ntah..aku harap thn ni 'something miracle' will happen to me.
Aku berharap aku dapat bertemu jodohku pada tahun 2011 ni. Ok aku xmemilih sgt..tp xbermaksud aku nk main sebat je. Nak cari suami wei bukan cari pakwe. Dolu2 leh la berjimba2 but now I want to be serious. Tgk muka aku ni serious *berkerut. Tgk member lain semua happy ngan life masing2..dah ada keluarga sendiri. I'm looking forward on that(rasa mcm dah penah ckp je ayat ni sblm ni hahaha).
Ekceli skang ni walaupun aku masih berstatus single aku tetap happy dgn life aku skang. Ada teman2 yg sekepala...yg juga berstatus spt aku juga..so xdela stress sgt haha..
So...kawan2 tolong doakan kawan anda yg masih single lagi ni ye..:)
Selamat tahun baru semua!! Semoga apa yang kalian impikan tercapai..