Saturday, August 06, 2011

Salam Ramadhan.

Salam Ramadhan buat korang semua...

Alhamdulillah harini dah masuk hari ke 6 kita berpuasa. Dan alhamdulillah juga setakat ni puasa aku penuh. hihi. So sempena ramadhan 2011 ni marilah kita bersama-sama menambahkan amal ibadat yang mane terkurang tu kita boleh pelajari pada yg lebih arif. Buat solat terawih, bace Al-Quran(boleh tadarus bersama rakan2), bersedekah dan sebagainya. Banyak pahalanya beb, cuma depends pada diri sendiri la nak buat ke x...

Hari tu dok berbual2 dengan member pasal kenapa masa bulan puasa ni kita still melakukan dosa/kesalahan xkisahla kecik or beso sedangkan kita sedia maklum syaitan diikat di dalam neraka sepanjang Ramadhan ni.

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, Imam al-Qurthubi r.h telah berkata:

“Apabila semua syaitan terbelenggu tidak bermakna langsung tidak akan berlaku kejahatan dan kemaksiatan. Ini kerana, punca berlakunya kemaksiatan mungkin berpunca daripada faktor selain (hasutan) syaitan seperti diri manusia itu yang sememangnya berperangai buruk, sentiasa melakukan perbuatan mungkar serta manusia yang nafsunya masih terdorong mengikut hasutan syaitan.” – Rujuk Fath al-Baari Syarh Sahih al-Bukhari, Tahqiq oleh Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, edisi terjemahan oleh Amiruddin, Pustaka Azzam, Jakarta (1997), jil. 11, ms. 43.


reference: Murabbiy.com

Mungkin apa yg kita lakukan(dosa) tu hasil drpd perangai kita yg terbawa-bawa dari dulu yg mana kita sendiri xde inisetif nk berubah ke arah kebaikan. Tuhan kurniakan akal utk kita utk kita berfikir...so sila berfikir n dr situ kita pertimbangkan yg mane baik dan yg mane buruk. Nasihat ni amat bagus dipraktikkan semua termasuk diriku yg seringkali alpa ini. Coz I know as tuan punya blog eh badan...that I'm not perfect...T__T. Aku memohon doa kepadamu Ya Allah, agar diubahkan sikapku ini supaya menjadi insan yang lebih baik dan punya kekuatan untuk melawan 'syaitan' yang terpenjara dlm diri ini...amin...amin....

Selamat berpuasa semua! :)

2 comments:

Yani said...

selamat berpuasa zati..semoga ramadhan kali ini adalah lebeh baik amalan kita dari tahun yang lepas...InsyaALLAH..

z@ti said...

insyaAllah...selamat berpuasa cik yani...raye maila sini bwk keta tersayang hihi