Di saat kalian sedang lena diulit mimpi-mimpi indah, aku di sini masih terkelip-kelip memandang ke arah bulan dan bintang. Mataku yg kecil ini sama sekali tidak membenarkanku untuk tidur. Mungkin aku sudah puas tidur pada siang harinya. Mungkin aku sedang memikirkan sesuatu. Dan...mungkin penyebab utamanya adalah aku tidak berapa sihat sekarang.
Sejak 2 menjak ni, badanku seringkali jatuh sakit. Kali ini demam datang menyerang tubuhku kembali. Dan suhu pada kali ini adalah agak tinggi...39.1. Aku tahu, ini semua adalah ujian dariNya. Ujian kecil yang diturunkan kepada hambanya untuk melihat sejauh mana kita mampu bertahan menahan, mengharungi dan menerima ujian yg diturunkan.
Dan sesungguhnya tuhan telah pun menjalankan tugasnya dengan betul, dengan menguji hambanya. Bersabarlah, aku cuma perlu sentiasa beringat bahawa ujian di dunia ini adalah sgt kecil, sekecil zarah pun mungkin tidak kalau hendak dibandingkan dgn ujian di akhirat kelak.
Tuesday, October 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment