Saturday, March 20, 2010

Broga Hill.

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga...

Yup sy tau pantun di atas tidak ada kena mengena pun dgn entry kali ini, tp sebab sy nmpk ader perkataan 'gunung' tu sy saje nk letak. Apekah?

Gunung dan bukit adalah sama sekali berbeza. Apa yg membezakannya adalah ketinggian. Bukit secara fizikalnya adalah lebih pendek dr gunung. Namun pendek bukan sebarang pendek. Seperti Broga Hills ni, bila kita dengar je perkataan bukit sure kita ingat biasakan n x mencabar manepun. Tp once bila dah naik..haaa ko akan tau betapa penatnya nak naik atas tu. Atau mungkin sy sorang je yg berperasaan begitu? Last time sy mendaki ni masa umur muda belia gitu. Tp lepas masuk U terus stop...dah malas nak join mende2 yg mencabar stamina ni kerna pd masa itu sy lebih suka berkurung di dlm bilik menelaah pelajaran...:p

Sudah lama ku pendam hajat utk dtg ke sini. Bila tgk my sis sendiri dah pergi n member2 pun kata tempat ni besh xleh tahan beb. I have to go there! Akhirnya setelah berbincang dgn ahli majlis jawatankuasa tertinggi kelab sengal kami membuat keputusan utk pergi pd tarikh tersebut. So pepagi lagi sebelum subuh dah bertolak kononnya nak kena ada kt atas sebelum fajar menyinsing...tp..apekan daya dah 'terang' baru der kt atas tu. xpela yg penting kami selamat sampai dan posing sakan kt atas tu hehe..

lihat..ayu dgn dslr nya spt belangkas!


berhenti sejenak..menghayati keindahan ciptaan Allah swt


Alhamdulillah..selamat smpi kt puncak


Ok..buat kengkawan yang teringin nak pergi sane..senang je. Just lalu Kajang highway, terus jer n masuk simpang ke kiri selepas lalu tol pertama. Then terus sehingga kamu akan nmpk restoren 69. Terus lg sampai la nampak signboard ke University Notthingham(masa tu signboard ke Bukit Broga pun ader gak). Kamu akan nmpk ladang arnab n kelapa sawit...ada keta parking bnyk2 kt situ...ini bermakna kamu sudah pun sampai ke tmpt yg ingin ditujui. Senangkan? So selamat mendaki!

Thanks guys...we really enjoy on the peak right? :)

2 comments:

Yani said...

Ohhhh...inilah dia eh..curam tak? ada warm-up dulu tak? eheehe..or else jadi macam aku...kakak pitam! wakakaka..nice view nani!

z@ti said...

ni la dia...broga hills! hehe..kami xwat warming up pun wei terus naik. sib bek xde ape2. pastu da la bwk air sebotol jer..sebotol tu la share ramai2..sengal tol! haha