Saturday, March 31, 2012

Alhamdulillah...

Pertama sekali aku ingin melafazkan rasa syukur kepadaNya...kerna majlis yg berlangsung pada baru-baru ini berjalan dgn lancar. Lantas dengan ini aku ingin berterima kasih kepada semua(x dan nak letak semua nama so sebut semua) yang banyak membantu dari awal sampai ke akhir majlis. thanks u ols.

Sekarang nak kena focus on the next stage pula. This is more bigger than previous event. Harap2 dapat handle dgn baik. Aku ni kelam kelibut sket. Waktu keje kadang-kadang xsempat nak survey barang kawin. Harapkan masa balik weekend jela. En tunang pun sama sibuk. Tapi dah remind kat dia majlis pun tinggal berapa bulan dari sekarang. So kena sentiasa aware. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sepertimana yang sebelum ini. Amin..amin.....

Checklist tunang(dah lepas pun tapi aku taruk gak haha)

Pakej tunang(makeup+mini pelamin+bunga tangan+veil): Dyanatul Bride House (makeup cantik, teruja tgk diri sendiri galok haha)
Catering: Pakcik Yazid, Warisan Puteri (ramai puas hati makanan sedap alhamdulillah)
Doorgift: Pulut+moist choc cake
Hantaran: 7 balas 9
Hantaranku kepada en tunang: Sirih, kain akad nikah, tuala, chocolate, kek, cupcakes, buah-buahan, bunga rampai, halwa
Hantaran en tunang kepadaku: Sirih, kain akad nikah, cincin risik+tunang, buah-buahan, kek, coklat+gula, halwa


Simple je...yang lain2 bagi masa kawin nanti. Kawin nak kena pakai banyak duit...lepas kawin lagi...adoiyai...So kena berjimat cermat mulai dari sekarang. Chaiyok Zati chaiyok!


Aku kelihatan berisi di dlm gambar ini.(Sila sedar!) haha...Yani...thanks dear...^^

Monday, January 02, 2012

2012.

Time flies like an arrow...have u heard this quote? Tanpa disedari masa berlalu begitu pantas..yup sepantas panah...terus menuju ke objek yang ditargetkan. Aku tidak merepek. Mungkin kata-kataku tidak seindah orang lain. Aku memang tak pandai bermadah spt blogger2 lain. Cukup aku sendiri yang mengerti maksudnya.

Bila aku katakan masa berlalu begitu pantas...ia ada kena mengena dengan tahun ini. Yup..kita baru sahaja melangkah ke tahun 2012. Dan tahun 2011 telah ku tinggalkan dengan 1001 kemanisan dan kemasaman(erk?). Namun aku beryukur n hepi :). Even umur makin meningkat dan hidup masih sendiri...oh tidak maksudku masih dibawah jagaan ibu bapa. Lantas aku harus bersyukur kepada kalian..kerna menjagaku hingga di saat aku menaip2 di keyboard berjenama EWin ini..

Alhamdulillah diberi peluang sekali lagi untuk bernafas di muka bumi Allah swt ini. Alhamdulillah...terima kasih tuhan. Di tahun baru ini, aku bermohon kepadamu Ya Allah agar diberi peluang kepada hambamu ini memperbaiki dan meningkatkan ibadatku kepadaMu. Agar tidak terus menyimpang daripada landasanmu dan dijauhkan dari perasaan negatif yang kadangkala menguasai diri hambamu yang lemah ini.

Aku memohon kepadamu Ya Allah, diberikan kesihatan yang baik kepada diriku dan umat-umatmu yang lain. Aku juga memohon kepadamu Ya Allah, agar dimurahkan rezeki dan diberikan segala kemudahan dan kesenangan dalam melalui hidup ini. Peliharalah kami semua dari perkara-perkara yg tidak diingini. Amin ya rabbalalamin.


p/s: terasa kekok..setelah sekian lama meninggalkan arena penulisan blog..haha ARENA xleh blah ayat...tp seriously ada masa akan ku taip lg di dlm blog ini..

Monday, August 22, 2011

Masak-masak.

Menu berbuka weekend baru2 ni. Tetiba rajin lak aku nk upload. Mungkin lepas ni aku upload gambo makanan je kot? Maaflah kerna terpaksa melihat di bulan puasa ini. Anggaplah ini sebagai satu cabaran. huhu.



Ahaa yang ni plak satu-satunya kuih raye yg aku rajin buat...cam biasa choc chip from Chef Zati...chef la sgt yer



Senang je nk buat choc chip ni...bahan dia pun senang nk didapati di kedai2. So kalau sesape nk blaja bt tu leh ikut resepi aku ni. *Padahal sebenarnya aku pun refer kt youtube(mat salleh nye video). Xper tiru...lama2 dah teror kita leh pelbagaikan. Maybe pasni aku akan letak white chocolate, kismis ke...practise make perfect right? Tetiba je...hehe

Chocolate Chips Cookies

Bahan-bahan
:
450gm tepung gandum
100gm gula halus
115gm gula perang
250gm butter
1 biji telur
1 sudu esen vanila
1 sudu serbuk koko
1 susu baking soda
choc chip hershey's(1 paket)
badam(suka atila nk letak bnyk mane)

Step nk buat:
1. Pukul butter dan masukkan gula
2. Masukkan telur dan esen vanilla. Sambung pukul
3. Masukkan tepung dan gaul
4. Masukkan choc chip
5. Masukkan badam
6. Bakar dlm over suhu 140C selamat 15min
7. Simpan dalam bekas atau balang yg comel
8. Boleh dihidang utk mkn pagi, ptg dan hari raya..ok ni bkn step

Selamat Mencuba! ^_^