Tuesday, January 18, 2011

Buat pedoman semua(wanita).

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.
Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.

Berat bukan?

Hukum menjelaskan anak laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik, pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??

Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.

Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.

Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri).

Wanita...
- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.

Pernahkah kita tengok sebaliknya?

~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurang dari laki, tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkan oleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj:

-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya

~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akan turut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

**sumber dr FB Maher Zain Fan Club

Friday, January 14, 2011

Transformers 3 Dark of the Moon Trailer - Official (HD)



Huhu...xsabar nk tengok Transformers 3 ni. Oh Optimus Prime. Erk.

30 June 2011.
http://www.cinema.com.my/movies/comingsoon.aspx

Percutian.

Jalan2 cari pakwe makan angin...heee


Caption xleh blah..mcm percutian jauh la sgt. Ni lah dia percutian budget@percutian tanpa diduga namanya. Masuk ni dah 2 kali aku ke Bukit Tinggi...bukan Bukit Tinggi kat Indonesia tu tp kat dlm Malaysia je. Yg masa first pergi tu just singgah Colmar Tropical, tp kali kedua ni singgah lawat Japanese Garden. Haritu xberkesempatan so dah alang2 ni singgahla kan tengok sebab tengok orang pergi tempat tu mcm menarik je...hehe

Pemandangan adalah sgt lawa di situ(asal aku rasa cam ayat karangan bdk darjah 6 ntah). Sesape yg nk amik photoshoot utk wedding pra, pasca, post production dan sewaktu dgnnya memang sesuailah. Then paling besh pengunjung leh test nk pakai baju kimono kt situ, sewa pakai RM20 je. Okla tu kan? Pastu ko bergaya sakan la. Nak amik gambo ala2 Nasha Aziz..Kimora..amik je kt tepi batu2 sungai tu. Aku memang nk try pakai kimono tu tp disebabkan ramai amoi yg nk pakai kimono time tu so aku batalkan hasrat murniku itu. Haha. Xdela aku tipu je sbenarnya aku yg malu nk pakai.



Tu jerla citenya. Sehari di Bukit Tinggi bersama geng single sengal. Balik dr jalan tu, masing2 dah penat tido semalaman kt umah Kiza. Malam tu plak tgk wayang The Tourist. Agak kecewa sket ngan movie ni. I really hope something different from this movie because my fav actor/actress ada dlm tu, tp...ntahla xbesh. Ada org kata besh plak. Kenapa aku xrasa mcm yg diorang rasa ek? Aku...awal2 cite pun dah tido. Mungkin jln citenya agak slow? Mungkin sy yg kekenyangan sampai xde mood nk tgk(begitu skali impaknye kehkeh) atau mungkin Johny Depp sudah tidak hot spt di zaman Edward Scissorhands? Beliau kelihatan agak tua/serabai di dlm cite tu. Aww...mati kena kejar ngan Massabrina nanti...hehehe..3star for this movie.

p/s: Tahun 2011 bnyk movie besh2. Harap2 ada masa nk tgk. :D

Sunday, January 02, 2011

Goodbye 2010. Hello 2011.

Hantar puteri@farahaine sambung degree kt UiTM Melaka...singgah makan Man Asam Pedas...sgt marvelous asam pedas dia but still my grandma n mum punye lg besh :)

hhihi...ops tergelak dulu...diorang berdua ni masuk tahun baru je dah tua..anyway Happy Birthday to my sis n bro in law! Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki n dipermudahkan urusan selalu...amin~


Tak banyak aku nak katakan sempena masuk tahun baru ni. 2011...umur aku pun dah mencecah 18thn..erk..ok2 tambah lagi 10 tu lah umur sebenar aku. Agak tua gakla...tp age is just a number what?(padahal dlm hati risau haha). Untuk kesekian brape juta kali ntah..aku harap thn ni 'something miracle' will happen to me.

Aku berharap aku dapat bertemu jodohku pada tahun 2011 ni. Ok aku xmemilih sgt..tp xbermaksud aku nk main sebat je. Nak cari suami wei bukan cari pakwe. Dolu2 leh la berjimba2 but now I want to be serious. Tgk muka aku ni serious *berkerut. Tgk member lain semua happy ngan life masing2..dah ada keluarga sendiri. I'm looking forward on that(rasa mcm dah penah ckp je ayat ni sblm ni hahaha).

Ekceli skang ni walaupun aku masih berstatus single aku tetap happy dgn life aku skang. Ada teman2 yg sekepala...yg juga berstatus spt aku juga..so xdela stress sgt haha..

So...kawan2 tolong doakan kawan anda yg masih single lagi ni ye..:)
Selamat tahun baru semua!! Semoga apa yang kalian impikan tercapai..