Monday, November 29, 2010

Kuantan + Cherating with l.o.v.e

Tahniah Nadia Yusoff & suami. Semoga kalian berdua berbahagia hingga ke syurga. Barakkallah! :)

Tempat indah untuk pasangan berbulan madu..eh..bersantai n beristirehat bersama-sama keluarga n teman tersayang. Sooo romantik u know feels like in Bali...

Menikmati panaroma pagi di pantai cherating...indah sungguh ciptaan tuhan. *tetiba lagu "open your eyes by maher zain" berkumandang...

Berjalan beriringan di gigi pantai cherating, sambil berbual akan masa depan masing-masing. Tapi sblm itu...siapakah mereka bertiga ini?

Kan bagus...kalau signboard mcm ni "diperbanyakkan" lagi kt KL..simple n easy right? Yg penting sampai ke dlm hati kita.

Saturday, November 13, 2010

Senyum seindah suria.

Saya suka melihat dia tersenyum. Kerana senyumannya adalah penawar di kala emosiku tidak seimbang. I love n missing you so much my dear Amirah Fatin. Sekejap je kamu sudah besar. Xlama lagi nk masuk 2thn. Jangan nakal2 sgt. Xlama nk dpt adik xleh manja2 sgt tau hehehe....:D


Harap blogspot ni ada sampai dia dah pandai main comp ngan internet...leh tunjuk kt dia entry ni nanti..erk apekah? hahaha...:D

Wednesday, November 03, 2010

Bersama mencegah denggi.

Wah...entry kali ni adalah sangat bermesej gitu. :)

Alhamdulillah nampaknya dengue fever yg ku alami sudah semakin pulih. Bacaan platlet sudah naik dan mudah-mudahan akan terus naik dan kembali normal. Ini adalah pertama kali diriku diserang penyakit demam denggi. Memang aku terkejut sangat masa doc tu cakap awk positif denggi. Bila dengar tu? Ya Allah...Camne aku leh kena denggi ni?:( Setahu aku kt umah yg aku dok tu xde nyamuk pun..tp xtaulah kan kekadang environment kt luar tu. Nyamuk aedes dr mane2 dtg kt aku. Dapat lak kt aku yg antibodi agak lemah lagi senanglah aku nk kena.

Aku ingat lagi tarikh aku kena demam ni iaitu 25 Oct. Lepas my bestfriend balik ptg tu, mlm tu kt umah aku rasa badan sejuk sangat siap mengigil-gigil. Time tu aku dah rasa pelik apsal tetiba diserang demam ni? Mlm tu mmg aku tido awal dengan berselimutkan comforter tebal. Esok pagi memang sah2 aku mc; demam+pening kepala yg xhingat. Aku g berjumpa doc then dia kata suhu aku agak tinggi iaitu 39.1. Tp time tu doc x syak ape-apepun lagi yg aku ni ada demam denggi ke hape.

Esok dan hari seterusnya demam aku dah ok. Tp still pening2 kepala tu ada lg. Plus sengal2 badan. Aku ingat maybe aku stress kot pasal keje. Telan ponstan jela abis citekan. Then sampailah hari jumaat tu demam aku datang blk. Cuma kali ni aku xjumpa doc. Aku just mkn je ubat yang doc bagi haritu. Keesokan harinya plak aku tgk tapak tangan, lengan n kaki aku mcm ada bintik2 merah mcm ruam. Haish...ape plak ni? Aku semakin hairan. Memanglah hari sabtu tu aku ada mengemas rumah. Aku andaikan ruam tu terjadi akibat dari mengemas tu la. Tp makin lama makin menjadi lak sampai merebak ke anggota badan lain.

Kuang hajo ko nyamuk. Sbb ko aku menderita. Katakan TIDAK pada nyamuk aedes.


Aku call mak ngan abah aku cite pasal ruam2 ni n diorang suh balik umah cek kt Somban. Sampai je Somban aku terus ajak mak aku g klinik panel berhampiran. Aku risau kena demam campak je. Tp aku dah kena masa kecik dlu xkan kena sekali lagi. Manelah taukan special case ke. Masa tu mmg aku terfikir langsung pasal demam denggi. Doc cek dan dia andaikan ruam biasa. Dia bagi ubat alahan n krim sapu je. Tp doc tu ada kata kalo still xok esok pagi datang cek darah. Dia siap bagi mc untuk esok.

Pagi isnin(1 Nov)tu aku g keje mcm biasa. 'Ruam' still ada lagi..tp aku andaikan mcm dah ok sket. Aku cite kat kawan-kawan aku pasal penyakit yg aku alami ni. Mas mmg nk g klinik pg tu lantas dia mengajakku utk berjumpa doc. Aku mmg xsedap hati dah so aku pun join Mas n bila turn aku sampai aku citelah kt Dr.Rasool dr A-Z. After dgr cite aku tu, dia ader tanye beberapa soalan n x tggu lama terus amik darah. Seriau gak la tgk darah kena amik. Huhu. Xlama lepas tu result kuar memberitahu aku positif denggi. Tp demam denggi aku masih di tahap ok lagi so Dr.Rasool beri aku cuti sakit 5 hari utk aku. Wehooo....seronoknye dpt cuti tp at the same time aku kena berjaga-jaga sbb denggi tu beb bukan leh bawak main.

So skang ni demam aku dah bertambah baik. Oleh sebab demam denggi ni xde penawar or ubat khususnya, so pesakit hanya bergantung pada petua2 yg ada utk mengurangkan penyakit ni. Antara yg aku amalkan ialah makan sup ketam, minum air 100plus, minum air ECPI dan paling penting banyakkan minum air masak. Plus aku ada gak minum jus Tok Guru. InsyaAllah kita hanya mencuba mana2 petua yang ada. Aku harap kita semua dpt menjaga persekitaran rumah dengan baik. Pastikan bersih daripada pembiakan nyamuk aedes. Kesian kt orang lain yang xbersalah disebabkan kecuaian kita, orang lain yg terima akibatnya.

Nak tau lagi lanjut pasal Demam Denggi@Dengue Fever ni korang leh g link ni:

http://jknns.moh.gov.my/v2denggi/